Skip to content

Muqaddimah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Manusia, apabila dia berbicara tentang cinta, maka, mereka akan tersenyum. Senatiasa ada sahaja yang ingin dibicarakan tentang cinta. Ia tidak akan pernah selesai dibicarakan!

Senyuman itu bisa jadi senyuman yang menandakan perasaan yang teramat indah dalam jiwa dan sanubarinya, seperti indahnya peristiwa terbenamnya mentari di senja hari. Indah, tenang, aman dan damai. Hidupnya penuh dengan kegembiraan, keceriaan dan senyuman. Dia seorang yang berjaya. Dalam cinta. Dan dalam kehidupannya.

Juga, bisa jadi senyuman itu hanya di luar sahaja, namun di dalam hati, sebuah perasaan yang mencengkam sedang melanda, seperti ranapnya rumah di tepian laut kerana dipukul ombak yang kencang. Dia sedih, kecewa dan pilu, mengenangkan nasib dirinya. Sentiasa kecundang. Sentiasa merasa kehilangan. Dia seorang yang gagal. Dalam cinta. Dan dalam kehidupannya.

Di sini, ada dua situasi yang berbeza. Antara cinta yang diterima dan terlaksana, dan cinta yang tidak diterima dan gagal. Mereka sama sekali tidak sama. Seperti air dan api. Kerana kedua-duanya tidak akan pernah menyatu, bahkan saling bertentangan antara satu sama lain.

Jangan pula kalian memandang cinta itu hanya dari segi cinta antara dua insan semata-mata. Kerana cinta bisa terjadi antara manusia dengan sekumpulan manusia yang lain, manusia dengan Sang Penciptanya, mahupun manusia dengan misi hidupnya. Justeru, luaskan ruang lingkup pemikiranmu.

Blog ini diberikan nama Peradaban Cinta, kerana penulis mengambil iktibar daripada penulisan Anis Matta, Sekretaris Jenderal Partai Keadilan Sejahtera, yang merupakan penulis asal yang menulis karya beliau yang tersohor – Serial Cinta.

Ayuh, kita raikan cinta.
Mari kita penuhi dunia ini dengan cinta, agar seluruh tamadun manusia ini dapat hidup dengan aman dan damai.

Wallahu’alam.

Kamal Haziq, Manchester
14 April 2011, 2.51 petang. (Diubah pada 12 Julai 2011, 4.21 petang).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: