Skip to content

Ukhuwwah Yang Tidak Satu

April 14, 2011
Di North Wales

Di North Wales (Disember 2009)

Cinta dan ukhuwwah itu sememangnya sinonim antara satu sama lain. Kedua-duanya tidak akan pernah bisa dipisahkan, kerana kedua-dua elemen tersebut adalah satu.

Ukhuwwah. Tertegaknya ia, maka ia bisa menjadi seperti air hujan yang senantiasa memberikan kehidupan, energi dan ketenangan kepada pepohonan yang dapat merasainya. Kedua-duanya akan sentiasa bisa menjadi satu, dan akan sama-sama menghasilkan sinergi dan menjadi kukuh. Kerana mereka tumbuh dan menyumbang bersama-sama. Seiring dan sejalan!

Ukhuwwah. Hancurnya ia, maka ia bisa menjadi seperti air dengan api. Air, seperti kita tahu, akan selalu cuba memadamkan dan melenyapkan api. Mereka tidak akan pernah bisa menjadi satu. Kerana mereka saling berbeda, dan tidak akan pernah sama. Lain sama sekali!

Justeru, dalam melakukan kerja-kerja besar, ukhuwwah yang kukuh adalah salah satu fondasi agung bagi menjamin keberjayaan pergerakan sesebuah harokah Islam.

Tanpanya, terhasillah perpecahan. Tanpanya, muncullah permusuhan. Tanpanya, huru-haralah ahli dalam harokah itu.

Ya, mereka berbicara tentang misi yang besar, iaitu misi membina khairul ummah. Mencipta peradaban dunia. Dan menggapai tampuk kekuasaan daripada kuasa-kuasa durjana yang sudah lama menceroboh bumi ini dengan kerakusan. Namun, tanpa kesatuan, bicara itu akan hanya menjadi jauh lebih sukar untuk menjadi realiti. Kerana satu demi satu ahli harokah itu memisahkan diri, lantaran merasakan dirinya tidak ada ‘kesatuan’ dengan ahli-ahli lain. Atau mungkin, dia sering terasa hati dengan ahli-ahli harokahnya.

Dan boleh jadi, dia memisahkan dirinya, dan mengukuhkan saff di harokah lain pula, yang mungkin tidak satu pemikiran dengannya, tetapi terdiri daripada sekumpulan manusia yang bisa mengubah dirinya daripada menjadi da’i biasa hinggalah menjadi seorang pahlawan yang bisa menggoncang dunia. Kerana mereka punyai ikatan yang kukuh, yang selalu sahaja mesra dan satu dengan dirinya, dan bukan hanya tahu mencari kesalahan, justeru muhasabah demi muhasabah dilakukan hanya kerana seorang insan yang sifatnya yang tidak dapat lari dari kesalahan. Juga, kerana mereka senantiasa memberikan motivasi dan inspirasi kepada dirinya, dan bukan hanya tahu memberikan tekanan dan arahan demi menjayakan projek-projek tertentu.

Oh ya, jangan terkejut andai ada di kalangan ahli-ahli harokahmu yang tidak senang dengan dirimu, mahupun dengan harokah itu sendiri. Itu, bisa jadi hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

___

Kamal Haziq,

Siap ditulis dalam perjalanan di atas tren dari Nice ke Toulon, 12 April 2011, 8.33 malam.

One Comment leave one →
  1. April 14, 2011 3:37 pm

    nice post bai, look simple but important🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: